// Love Eiffel
Kem Sabak Benam . 12 dan 13 April 2013 .
Saturday, 20 April 2013 . 0 purple(s) .
Assalamualaikum , kali nie piQa nak cerita pasal kem . Pada 12 dan 13 April yang lalu , piQa mengikuti kem 'progran jalinan kasih menabur bakti ' bertempat di Homestay Air Manis , Sabak Bernam . Kitaorang bertolak dari sekolah kira-kira jam 7.45 . PiQa naik bas kedua sempena Bas Zakat . so , kat dalam bas piQa duduk dengan Anis Atikah . then dalam bas ape lagii , ofcourse lah bergambar . hehe
then , kami pergi ke Kilang . Bestt , makan kuih bahulu , rempeyek tengah-tengah panas . perghhh , sedap wa kata lu ! haha
selepas itu , kami berkunjung pula ke Kilang Natadi Koko . tapii , tk de gambar . tk sempat nak tangkap . haihh ! Sabar je lahh . Then , tibe2 bas berhenti dekat sawah padi . First of all , kami fikir ad kilang kat situ ke hape , rupa-rupanya nak tangkap gambar je . hahahaha . buat penat je org bawak beg turun .
cantikkan sawah nie . tenang je fikiran .
then , kami sampailah ke destinasi yang ditujui tepat jam 1.30 . kami makan tengah hari bersama-sama . Selesai makan , semua budak lelaki Islam pergi menunaikan solat jumaat. So , yang tinggal hanyalah perempuan dan seorang sahaja budak lelaki cina . Kami menunaikan solat zuhur sekali dgn asar kerana perjalanan kami melebihi 3 km . Apabila semua budak lelaki sudah pulang dari solat jumaat kami pon menaiki bas untuk pergi bermain layang-layang .
selepas itu , kami pergi ke pantai . err , tapi nama dia . tak tahu lahh . heheh.
then , balik lah le Homestay dalam kul 5.30. CIkgu pon bahagikan lah kiataorang kepada parets angkat kitaorang . piQa punye parents angkat ialah pemilik homestay tu sendiri . Bini dy garang wooo ! butt , laki dy okey . sporting! i loikee.
then malam tu kami pergi tgk kelip-kelip . PiQa tak berkesempatan nak amik gambar sebab gelap , memang tk nampak ape pon . then , kami makan nasi Ambang ! sedapp .
rupa nasi ambang
me with Anis Atikah
then , ad aktiviti kahwin kahwin . Cikgu Zara dgn Cikgu Rasyid . Semua tertanya-tanya dorang memang dah kahwin ke atau main2 je . haha . rupa-rupanya dorang memang dah kahwin . sweet jerr. then ad persembahan silat daripada abang homestay tu dan pelajar dua orang pelajar sekolah piQa . Seorang perempuan cina . Seorang lagi lelaki melayu .
bestt . then , esok paginya kami bermain selut utk menangkap ikan keli . Group piQa hanya dapat 5 ekor ikan sahaja .haigoo ! then dalan kul 12.30 kami pon bertolak pulang . Kami makan tengah hari di sungai besar . Makan nasi ayam . hahaha. then , singgah solat zuhur . Selepas itu kami pun pulang ke sekolah semula . tepat jam 5.00 petang kami pon sampai lah ke sekolah . Inilah kem free yang best :D haha


Thanks for reading this posts!:)




Older Post . Newer Post